Isnin, 16 November 2009

sang emas berusia 21

hoi kau!
merujuk kepada sang srikandi jalanan,
bakal mencetuskan anjakan paradigma,
dikalangan gerombolan juragan lain,(markas)
dalam meniti arus pemodenan struktur alam,
dari sikit-sikit angin jadi kus-kus ribut taufan,
dari hampagas bermusim ke dinihari paranormal,
tiada apa mahu aku kata kawan,
kau kawan terhebat!

hoi kau!
jejaka itu (kau) dan juragan lain,
bakal pergi ke medan perang,
berpistolkan kata-kata manis bibir waja,
juga bersenapangkan modus-modus indah jejaka malaya,
meniti hari-hari genting sebagai seorang rakyat di rimba hidup,
mencari sinar entiti terang-terik untuk masa depan,
tiada apa mahu ku kata kawan,
jaga diri kau di luar sana!

manusia berimej rockstar,
manusia berseluar rabak,
manusia berbaju lusuh,
manusia hidup barai,
terhantuk meja,
tercarut bahasa,
tapi itu tiada makna apa-apa,
sebab kau tahu kau itu siapa,
orang kecil dikalangan orang kecil juga,
tiada beza tiada antara.
kau jiwa kental aku kata! *tabik*

sempoa masa berdenting,
17november ini kau berusia 21,
aku? si 20 sahaja,
tapi,kita sama,
punya rasa mutlak seorang jejaka appetite,
berminimaliskan jiwa pemburu zaman,
zaman gelap bertocangkan emas,
untuk mengejar si gadis alfa romeo,

sempena hari ini kawan!
aku mahu julang pujangga sahabatku,
"SAHABAT ITU UNSUR JIWA"
aku sayang kau! selamat hari jadi!

*beliau dalam kostum penjajah ungu*

2 ulasan:

NA berkata...

jejaka appetite ek
haisshhhhh

Sugar Teps berkata...

appetite???
ngeee i likeee....