dalam diam kita akur,
akur patuh tunduk bisu..
dalam bising kita angkuh,
angkuh bongkak takbur haloba..
manusia ada banyak sifat,
sifat itu, sifat ini,
dari setiap sifat itu muncul identiti diri,
identiti siapakah itu kau,
identiti bagaimanakah itu kau,
identiti sebagai apakah itu kau,
hanya kau si orang matang bisa fikirkan,
untuk apa kau disini,
fungsi kau, tujuan kau, objektif kau,
apa? apa? kau fikirlah wahai manusia matang..
jika kau lihat hari ini,
sana sini korupsi,
sana sini komplot,
sana sini boikot,
sana sini robot,
mana perginya visual matang yang diura-urakan?
mana perginya srikandi waja bersemangat hang tuah?
hang jebat, hang lekiu, hang lekir? atau siapa saja..
ke mana perginya?
wahai juragan-juragan sekalian,
jika kau mahu berbual karut-marut,
mari sini aku ajar kau,
garuda!
besar bukan?
naga sakti!
berapi bukan?
halilintar!
berkuasa bukan?
cuba bayangkan kau mereka-mereka ini,
identiti ganas tapi merendah diri,
hanya ada jika dia perlu ada,
bukan sombong,
bukan bongkak,
bukan angkuh,
bukan juga takbur,
kerna setiap sifat diatas itu sifat salah..
dalam diam sang kelembai memanjat awan,
memetik misai si gergasi ganas bercaca merba,
untuk dikongsi bersama penduduk dunia,
mungkin bisa ditanam jadi tanaman,
mungkin bisa dimakan jadi makanan,
atau mungkin bisa jadi uang untuk dibelanjakan,
kau boleh jadi robin hood rakyat jika kau mahu..
kau sendiri tentukan, wahai sahabatku sekalian.
1 ulasan:
berseronok menjadi manusia punya akal yang mampu diguna olah.
=)
Catat Ulasan