Khamis, 22 Oktober 2009

2 topik sinonim

kalian, warga alam..
sini patik mahu kongsikan,
puitis untuk siapa saja yang berkasih,
bersayang, juga bercinta..
patik titipkan satu persatu,
untuk kalian sahabat patik,
agar semua merasa,
apa itu manisnya bahasa,
itulah bahasa kita,
bahasa MALAYSIA..
mari rasa sama-sama.. :)

topik 1.

ingin aku nyanyikan lagu hati,
ikut rentak melodi perasaan,
berasaskan ritma-ritma indah senandung kasih,

kasih aku pada kau,
tak terucap dek fizik si bibir,
sayang aku pada kau,
tak tercapai jauh tinggi melangit,
rindu aku pada kau,
tak terselam kerna sedalam lautan pasifik..

aku rindu, aku kasih, aku sayang..
semua aku rimpun,
aku satukan..
jadi satu kosa,
hanya untuk kau~

iaitu,
AKU CINTAKAN KAU!


topik 2.

tiada kata mampu mengucap rasa,
tiada melodi mampu nyanyikan alunan hati,
tiada ritma mampu selaraskan ritma-ritma perasaan..

semua ini tidak dapat memfizikkan apa kata hati aku!
hanya aku tahu~
kau mahu rasa?
mari kemari~
kita berlayar ya,
berkapal kan bahtera penghidupan,
kita tidak perlu kompas sayang~
kita berlayar arah haluan apa kita mahu..
nanti aku nakhodanya ya~

senyum aku..
tangis aku..
ketawa aku..
hanya utk kamu~

manis bukan?
*senyum*
khas patik karang untuk kalian yang punya rasa itu,
rasa rindu, kasih juga sayang,
kalian perlu sedar,
rangkuman rasa semua ini,
tercipta rasa CINTA itu..

(mungkin jiwang, tapi abaikan, patik kongsi ini semua untuk kalian)

2 ulasan:

cek seni berkata...

cute deh
jiwang ker??
hehehehe =P

fateen berkata...

adoi.
dlmnya bhsa kohh.
hee~
rndoo sama kamoo la bro!
;)