selak kembali diari teori klasik,
putar kembali zaman kanak-kanak,
saat waktu pujaan berdatang statik melambung nama kau,
seperti indah,
seperti syurga bukan?
orang kata,
saat gemilang juga pasti akan hilang,
oleh kerna sebab yang macam-macam,
kerna haiwan sosial di sekeliling,
kerna atmosfera bumi yang berlainan,
juga mungkin kerna hati sendiri yang ingin cuba segalanya,
ini adalah saat itu,
saat kenangan beratur memenuhi kotak memori kiri kanan,
saat dimana satu per satu senyuman lama kembali,
saat dulu-dulu sangat indah,
boleh kata akulah legend,
boleh kata akulah raja,
tapi kini?
entah kenapa,
seperti segala-galanya kosong,
seperti segala-galanya kelam, gelap, gelita!
tiada lagi jayanya dulu,
tiada lagi senyum nya dulu,
yang ada hanya senyum kenangan,
kini,
masalah datang bertimbun,
onar-onar menyempitkan fikiran pra-matang ini,
rasa hati rebel tebal-tebal menampar muka menggerutu,
mahu kata hidup bakal sial?
kau silap,
tiada apa yang sial,
yang ada hanya sia-sia,
ya!
semua ini kerna kau sia-sia kan hidup kau,
dengan onar-onar,
dengan hiburan duniawi,
di mana kau yang dulu?
mana hilang jasad bertuah itu?
semua ini tidak hilang sendiri,
hanya kau sendiri yang hilang kan!
kalaulah boleh aku putarkan masa kembali..
;(
7 ulasan:
sial..macam kene kt aku je!
aku pun rasa benda yang same lah ji!haaaaa~
jika masa dapat diputarkan kembali,
mungkin sampai bila takkan tersedar.
maka, jadikan ini sebagai pengalaman berharga
jangan dibiarkan pisang berbuah dua kali!
fatyn!
mari senyum senyum!
:D
those glorious day ya? hmmm...
wahai ermie...
kau tak hilang...
cuma kau merayau-rayau saja.
bila-bila pun kau mampu kembalikan jasad itu
mari bertuah seperti dulu-dulu
kau sedar dimana silapnya kan?
pulangkan ermie yang dulu~
bukan untuk kami semata.
untuk empunya jasad duniawi, ukhrawi.
yay!masa tak dapat diputarkan kembali, kini kau hanya perlu teruskan langkahmu, aturkan titik yang baru agar kau mengorak langkah yang lebih bermakna buat jasad mu itu~~
Catat Ulasan