Selasa, 25 Ogos 2009

akustik harijadi.


selamat hari lahir rajo!

tepat suasana malam kelam berbaur masa 12malam,

petikan amatur sahaja mampu aku alunkan,
untuk sahabat serba satu,
satu sahabat kurnia dari kayangan..

25 ogos?
angin seru bertiup agak drastik,
durasi masa seakan kian bingit,
mata berkebil-kebil berfikir,
hairan kenapa hari ini semacam rasa istimewa,
mungkin satu hari indah?
siapa tahu?

25 ogos?
hari apa rakyat alam tanya,
jawapnya aku,
hari sahabat aku bernangis mahu lihat roh-roh kudus dunia,
hari sahabat aku mula bernafas berlandas atmosfera dunia,
aku senyum,
rakyat dunia angguk,

25 ogos?
itulah hari jadi kau sahabat!
senyumlah,
pada dunia!
senyumlah,
pada semesta!
hirup oksigen dominan,
sebebas-bebasnya,
kerna hari ini hari kau!
hari yang hanya ada setahun sekali,

sahabat,
tiada hadiah khas mampu diberi,
mungkin ucapan puitis fizik bibir,
menyulam rasa,
untuk satu kalimah,
"SELAMAT HARI JADI KAWAN!!"

Tiada ulasan: