Selasa, 1 September 2009

ikrar songsang!


dari gelap ke terang, tapi aku songsang?

angkat tangan kiri, bertabik songsang!

dengan ini,
aku si dua-puluh,

berjenaka pasal riwayat,
riwayat agung hidup maha-kosong,
konon-konon akulah pemikir agung,

dengan ini,
aku si dua-puluh,

berjenaka pasal mambang,
kuliah hari-hari dibikin songsang,
kehadiran tandatangan semua aku sailang,

sial!

aku si dua-puluh?
kau tanya,
aku jawap,
ini sang arcuradus,
mengendong sayap garuda seteru alam,
tanpa diguna tak pun ditebarkan,
jawapnya itulah mambang!

hidup seteru sial bergaul sinis,
mencuka manis gula-gula hidup,
sang manifesto berdentum,
tanpa suara kata-kata,
sebab aku si dua-puluh bermata serong..

hidup hidupan semacam liar,
waktu mata sepatutnya pejam,
lirikan organ dalaman merembes hormon sial,
membiar mata terbeliak,
kemudian langkah-langkah kotor gelap bertabik..

sial!
carutan berskala 100 dari 10,
lahanat itu menggergaji nasib noob patik,
menjatuhkan patik..

menjunam,
dalam gaung pandangan serong manusia singkat otak kiri,
yang tiada mata ke-dua,
tiada mata mahu menilai apa yang baik,
yang ada hanya,
mata PREJUDIS..

bukan aku yang sial,
tapi kau!
sebab kau berotak singkat.
FULLSTOP!

4 ulasan:

Unknown berkata...

kaw tahu kan. aku rindu nak lepak dgn kaw.

Tanpa Nama berkata...

Da parah da nih... kene masuk asylum...

-RozyBakar

Tanpa Nama berkata...

Asylum masih membuka pas keahlian... kad matrik tak disediakan... cuma kena carik setem hasil dalam diri

adib berkata...

sial lah life