Selasa, 21 Julai 2009

selamat tinggal dunia

merpati kayangan

demi alam yang luas..
jasad kudusku ku terjah lambung-lambung ke awan..
terbang laksana merpati putih kayangan..
bebas terbang bebas menerjah..
merobos berterbangan kesana kemari..
bersayapkan opera orkestra hati suci..
langsung hidup merdeka..

demi alam yang luas..
bebaskan beta lepas..
perspektif global makan besar di mindaku..
sambil memikir onar sempit yang kian sukar..
sambil menidakkan apa yang ada..
sambil mengadakan apa yang tidak..
hidup dinihari kian sukar..

oh tuhan yang maha kuasa,
sampaikanlah maksud hamba pada dunia..
hamba kepinginkan bebasmu ya tuhan..
hidup kian maju bertapak..
tiada pengunduran pertiwi sejati..
onar-onar asing mencakar-cakar kepasrahan jiwa,
mencarik-carik kuasa jiwa ilusi..

ya tuhan..
mampukah aku lalui ilusi ini?
mampukah aku hadapi situasi sulit sampahan?
keluarkan aku..
pimpin aku..
aku mahu keluar ke dunia nyata..

nyah kau ilusi dunia..
ilusi dunia khayalan..

Tiada ulasan: