Rabu, 27 April 2011

keterbukaan dan rasional

bukan maksud aku untuk berkata begitu, tapi naluri seorang aku yang tidak mahu ada keterbatasan dalam mengutarakan sesuatu idea membuatkan aku menjadi seorang yang berterus-terang.

kalau rasanya tidak suka, maka tidak suka lah. kalau rasanya suka, maka sukalah.

akan tetapi, di sebalik keterbukaan aku, kau harus tahu. aku bukan jenis yang senang berkata tidak dalam semua perkara. waima mengiya secara membabi buta sesuatu perkara. aku bukan pak sanggup yang mengangguk pada setiap baris-baris akta yang termaktub dalam rang undang-undang yang manusia azali cipta.

filsof dulu-dulu pernah mengutarakan frasa sebegini, "Rules are mostly made to be broken and are too often for the lazy to hide behind" Douglas MacArthur. sepatah ayat sebegini pun boleh buat aku berfikir, inikan pula buku setebal 5 inci?

fikirkan. tolonglah.

berikan aku durasi masa untuk aku tenang berfikir dalam kotak waras aku sendiri untuk bikin keputusan mutlak dan rasional. supaya semua sekeliling sedar, bahawasanya semua yang diputuskan adalah relevan.

sebab semua ini hak aku untuk merasakan kesempurnaan dalam setiap inci garis panjang hidup aku.

10 ulasan:

  1. kita perlu sentiasa berterus terang..itu kan perilaku orang yang senantiasa jujur dalam berkata-kata..

    BalasPadam
  2. kan pena marhaen? kan? ke kau main angguk jer? haha

    BalasPadam
  3. haha...betol2..orang yang cemerlang itu orang yg sentiasa berkata jujur...tapi kan kalau taknak angguk pada rang undang2 perlembagaan nanti kena murka dengan YDPA..huk3..

    BalasPadam
  4. haha...nak ajar apa???law ambik...saya ambik sejarah je...keh3...xcukup umur nak ambik law..ngehehe

    BalasPadam