Selasa, 15 Mac 2011

aku mahu sendiri

dorongkan saja jasadnya,
dalam api.
biar membakar,
biar hangus,
biar rentung.

benamkan saja benaknya,
dalam gelodak.
biar membabi,
buta dalam buta tuli.

kenapa tak lontarkan saja katanya,
biarkan membolong di hujung tanjung,

kenapa tak dipecahkan saja amarahnya,
biar semua menggelodak,
biar semua menggelegak,

argh! bosan aku dengan hingar-bingar,

aku mahu sepi, sepi dalam kepompong aku sendiri,
aku mahu berilusi,
berimaginasi,

dalam kantung aku sendiri!

bukan dikendong kesana kemari,
bukan dilambung ditolak ketepi,
bukan dijirus-jirus dengan kata maki,
bukan disepak pijak dengan ucap caci,
tapi aku mahu ruang untuk aku bersendiri.

ruang yang hanya ada aku,
seorang,
mengelamun untuk aku bina plot cerita aku sendiri,
benar aku bukan penglipur-lara,
tapi aku punya cerita yang aku mahu bina sendiri. dan bangunkan sendiri!

tolonglah,
tolong jangan buli aku lagi.

11 ulasan:

  1. kahkahkah cilake
    aku baca sampai tersembur air liur
    aku terbayang rangga dolll!!

    BalasPadam
  2. haha, silapnya rambut aku ni lurus jer. tak kerinting macam rangga. haha

    BalasPadam
  3. Usah gentar diratah manusia, bangun tak terlangut jatuh tak tersambut nantinya. Kengkawan kau ada, untuk diusir pembuli segala.




    :)

    BalasPadam
  4. apa-apa hal pun. kau ada kan untuk aku dyra J? hehe

    BalasPadam
  5. rambut lurus guna jari poon bolehhh

    kahkahkah

    BalasPadam
  6. selamat pagi frodo baggins. awal sangat kau bangun. anak yang baik sangat kau ni.

    BalasPadam
  7. terimakasih dyra.







    aku tahu. kau akan ada.
    :)

    BalasPadam
  8. mari kita sama-sama mengosongkan jiwa yang inginkan kedamaian yang sepi ..

    BalasPadam