Khamis, 15 Julai 2010

bukan cakap dusta


kecewa bukan shajarahnya,
waima berundur juga bukan falsafah abadinya,
tapi kekal berdiri tegak dan berkawad ke depan,
itu sepatutnya.

hidup berdua bukan semudah ABC,
segala macam fasal harus dijelajah dua-dua,
segala macam indah harus dimanisi dua-dua,
pendek katanya, kau, aku dan asmara itu harus selari, bukan sejenjang.

biar kadang-kadang,
rasanya akan buat kau bercampur-baur antara signal kanan atau kiri,
langsung bikin kau keliru dan bercelaru sana-sini,
tapi percayalah, di hujung lorong hidup kau itu nanti, kau akan rasa segenap entri kosong hati kau akan terisi erti sebenar memahami.

menghargai dan langsung mempercayai bukan lagi parasit, dan segala macam rasa akan kau dominasi, usah risau aku bukan pinocchio untuk main dusta kerna 'aku sedang dan masih' dalam fasa itu.

*tak nak dikutuk cakap pandai sebab aku masih mentah tapi, i janji i akan cuba lagi, senyum*- tun boja bistara.


sedaya upaya!

5 ulasan:

  1. first, s0rry f0r being ur silent reader..
    but i like the way u deliver ur th0ught.. each has very deep meaning which make me thinking! =) nice one..

    BalasPadam
  2. no need to speak in english love. berbual lah bahasa melayu. :) apa-apa hal pun, terimakasih untuk anda. semuanya berpaksikan jiwa. anda faham jiwa, anda mampu ekspresikan apa saja. muah! with love!

    BalasPadam
  3. haha! baik lah! next time, oops! di lain hari akan ku ekspresikan pendapatku menggunakan bahasa kebanggaan kita..

    oh, kamu sememangnya watak paling sesuai menjadi Hang Tuah dalam layar teater itu.. =)

    BalasPadam
  4. owh, pernah nonton teater itu ya? terimakasih sebab hadir! :)

    BalasPadam
  5. cantik dan indah sekali himpunan kata dari kamu ermi ;)

    BalasPadam