Selasa, 1 Mac 2011

bezanya aku punya 5 musim berbanding si bumi

kalau sudah begini jadinya,
pasti aku tak mahu jadi melodi untuk lagumu itu,
pasti aku tak mahu jadi ruh untuk "jasad cinta" mu itu,

kalau sudah begini jadinya,
barangkali sudah lama aku kejar impian yang aku sendiri tak pasti,
barangkali sudah lama aku berlaripecut, bernafascungap, bermarathonmembawadiri,

jauh dan terlalu jauh dan teramat jauh, untuk kau bayangkan,

ke suatu ceruk yang bukan suatu tempat yang tertentu. yang pasti aku sendiri juga tak tahu di daerah mana atau di kerajaan mana.

demi untuk lari dan tak ingin merasai peritjerih dan luluhjiwa di masaketika kau katakan, kau tak bisa ajar aku bagaimana mengeja "BAHAGIA"

sengsara dan merana. kering si ayer mata.

tapi tak mengapa,nasib aku terdiri dari lima musim, dan musim yang ke-lima itu ialah musim SENYUMSENYUM.

aku akan dan pasti, malah aku sedang dan masih,
menunggu musim SENYUMSENYUM aku yang bakal kunjungtiba.

pada,
suatu ketika.

10 ulasan:

  1. moga musim SENYUMSENYUM itu akan cepat-cepat datang kepada kamu. :)

    aku masih dalam musim CEBIKCEBIK.

    BalasPadam
  2. tak perlu tunggu musim senyum untuk senyum :)

    BalasPadam
  3. kemudian, bilakah perlu untuk tidak senyum? :)

    BalasPadam
  4. musim CEBIKCEBIK bila kamu tidak tahu ke mana kamu harus pergi. atau barangkali, bila kamu belum jumpa jalan pulang. :)

    BalasPadam
  5. owh, itu musimnya musim kemarau. hati jadi tandus dan kering. hehe

    BalasPadam
  6. (: saja sukasuka.. boley mcm tuh?

    BalasPadam