Kesilapan dan kesalahan mengajar aku apa erti kemanusiaan sebenar, semua tanggapan yang aku anggap aku betul, rupanya tidak semuanya benar,banyak benda yang perlu aku ambil kira sebenarnya, dari sehalus-halus zarah, ke sebesar-besar alam, sebenarnya semua harus ditatang,semua harus di ambil berat, bukan hanya boleh ikut corak hati kendiri sahaja.
Sebab itu orang melayu lama-lama bagi nasihat, “kau ikut hati, kau mati, kau ikut rasa, maka kau binasa”
Benar, sekarang aku sedar.
Sebelum ini pada aku, aku sudah cukup teratur dengan apa aku aturkan, sebab aku rasa kalau aku buat hal aku, mana mungkin aku akan ganggu hal orang lain, maka aku dengan selamba terus dengan kegiatan aku, “just ignore me living my life to the fullest”. tapi dalam sedar tak sedar, rupanya orang sekeliling aku pun ikut terjebak, lagi-lagi kalau orang itu orang yang kita betul-betul sayang. kita lantunkan agenda sendiri, tapi kita terlepas pandang tentang apa akan terjadi dan apa kaitannya nanti pada orang tersebut nanti.
Bak kata cikgu sains aku dulu, “kumpul semua pemboleh ubah yang berkaitan dalam eksperimen kamu, baru kamu boleh nampak apa yang sudah, sedang dan akan terjadi dalam eksperimen kamu”. Sumpah, masa sekolah aku ingat benda seperti ini tak ada kaitan langsung dengan aku, tapi sekarang cuba kita lihat, sedikit sebanyak, semua ini ada saling berkait, aku bagi contoh, dalam merencana sesuatu agenda, seperti kau dah buat salah dan kau ingin luahkan rasa bersalah kau pada seseorang, kau harus ambil kira apa yang sudah terjadi: (kenapa kita salah atau kenapa pada orang tersebut kita bersalah), kemudian apa yang sedang terjadi: (orang tersebut sedang marah atau sedang bencikan kita), kemudian apa yang akan terjadi: (adakah kita akan dimaafkan atau terus dibenci). Nampak bukan dalam perihal sebegini, segala ruang dalam kotak hidup kita, kita harus “consider” kan bak kata orang putih. Tapi dulu aku tak kisah langsung! TAK PERNAH KISAH LANGSUNG! Sumpah aku rasa bodoh!
*bertenang*
Kemudian, baru kita laksanakan apa tugas kita. Kalau berjaya, syukurlah, tapi kalau kurang berjaya, maka kita ulang kembali dari awalnya. Tapi itu kalau dalam kelas sains, dalam dunia nyata kita kena sedar satu benda, boleh tak kita putar masa balik? Nonsense bukan? Oleh sebab itulah, hati-hati juga kunci dalam segala macam benda. HATI-HATI!
YA! HATI-HATI!
argh! aku muak dengan kata hati-hati, sebab aku sentiasa hati-hati tapi tindakan aku langsung tak bersangkut paut dengan hati-hati!
Nyata sangat sebenarnya, aku yang aku fikir aku matang tapi aku masih kanak-kanak hingusan sebenarnya.
*mengeluh*
Tapi sekurang-kurangnya aku sedar, atas kejadian seperti inilah, aku tahu dalam dunia ini tak akan ada yang sempurna, tak akan ada yang maksum sifatnya dan sekaligus mengajar aku, apa itu erti maaf memaafi dan cuba memahami.
Maka dengan ini, untuk kamu yang aku sayang,
Maaf aku hulur untuk sejuta belasungkawa dalam nurani kamu.
*tunduk, sedar, dan berjanji tak akan berulang lagi*
2 ulasan:
tulisan kamu sentiasa buat mataku bersinar pegun. "tapik spring"
janji tau.. jangan ulangi kesilapan itu.
all the best to you.
tulus;
tuan puteri carmen :DDD
Catat Ulasan