Jumaat, 6 Ogos 2010

dayung moga-moga sampai ke hujung. (selamat hari nenek)

begini ceritanya,
dalam hayat jangan suka diagung sombong,
sebab hujung hari kau kembali juga pada yang agung,

jangan lupa pula,
titik terakhir kau nanti kau juga pasti diusung,
tiada warna-warni kapan putih juga yang kau sarung,

nenek moyang kita pernah pesan,
tak usah dicanang-canang seri bahasa,
tak usah berbunga-bunga merduan tuturkata, sebab apa yang penting, bukan saja kerjasama, tapi isinya ada.

ha! yang ini harus dizip terus dalam jantung,
jangan kau toreh-toreh membabi buta butiran fizik bibir berdaki kau tu,
sebabnya bila wujud wajah halus dalam satu suara kau, sikit-sikit ia terdiam, lantas ia hilang seri, keayuan? tiada lagi, kecantikan apa lagi.

kau selesaikan begini, mudah saja,
ucap sekejap tapi maksud bersebab,
pasti diingat sampai masa nadi kau jadi lembab.

*nenek angkat jari telunjuk, gaya ibu sangat-sangat*
sebab itu elok diam dari berbicara,
andai kata peluru kau penuh dusta dan caci nista.

oh ya, sebelum nenek lupa,
"kalau kau berjuang jangan akhir di tali gantung, tapi kau terus kedepan dan lagi kedepan dan kau teruskan mendayung."

dialog sisipan;
aku: bot laju kan ada, buat apa guna pendayung?
nenek: (-_-')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan