Selasa, 24 Ogos 2010

jangan dibiar, sedap itu jadi lemau


*tongkat dagu, ekor mata, mencongak kata-kata, hati*

jangan dibiar, bunyi,
bunyian berdesing, memekak.

jangan dibiar, bau,
bauan semerbak, membusuk.

jangan dibiar, luas,
berlangsung jadi sempit.

selagi kudrat memuncak,
jangan buat tak endah.

sebab ini-ini dan itu-itu, semua-semuanya,
sedang, dan masih,
dalam jajahan. aku dan kau.

-lainlah kalau semacam awan hitam. sekejap lagi entah ya entah tidak hujan akan turun-*sebab ini kerja tuhan*

alamak! dah macam mencari ketiak ular dah ni!

Tiada ulasan: